<body>
Bismillah;
House
Mrs
Others


































>

Keep smiling, it's sunnah :)

Bukalah mata sebelum tertutup selamanya...
Thursday, 16 January 201421:53

Berjuanglah Bersama Islam

Renungilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud :
قَالَ الرَّسُوْلُ e : اَلا إِنَّ الإسْلامَ دَائِرَةٌ فَدُوْرُوْا مَعَ الإسْلامِ حَيْثُ دَارَ . اَلا إِنَّ السُّلْطَانَ وَالقُرْءَانَ سَيَفْتَرِقَانِ فَلاتُفَارِقُوْا الكِتَابَ اَلاسَيَكُوْنُ عَلَيْكُمْ اُمَرَاءَ مُضِلُّوْنَ اِنْ اَطَعْتُمُوْهُمْ  اَضَلُّوْكُمْ وَإِنْ عَصَيْتُمُوْهُمْ قَتَلُوْكُمْ قَالُوْا : مَا نَصْنَعُ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ : كَمَا اَصْنَعَ اَصْحَابُ عِيْسَى نَشِرُوْا بِالمَنَاسِيْرِ وَهُمْ يُصْلَبُوْنَ عَلَى الخَشَبِ فَوَ الَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَمَوْتٌ فِى طَاعَةِ اللهِ خَيْرٌ مِّنْ حَيَاةٍ فِى مَعْصِيَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ
Maksudnya : Ingatlah bahawa Islam itu berputar maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawa pemerintah dan al-Quran akan berpisah maka janganlah kamu berpisah dengan al-Quran. Akan muncul di kalangan kamu pemimpin yang menyesatkan. Jika kamu taati mereka maka mereka akan sesatkanmu dan jika kamu menentang mereka maka mereka akan membunuhmu. Para sahabat bertanya : “ Apa yang harus kami lakukan wahai Rasulullah?”. Sabda baginda : “ Lakukanlah sebagaimana sikap para sahabat nabi Isa di mana mereka digergaji dan disalib di pokok kayu. Demi Allah yang diri Muhammad ditanganNya maka mati kerana mentaati Allah lebih baik daripada hidup dalam mengengkari Allah.

 _________________________________________________________________________________

No 1, Jalan 1 Dalam Hati,
Dalam Diri Semua Orang,
Berfikir Sejenak, Didunia.

17 Januari  2014.

Assalamualaikum,

             Apa khabar duhai hamba Allah sekalian? Saya harap semua dalam keadaan yang baik-baik berlaka. Sudah lama tidak bertemu dari hati ke hati, sudah lama tidak meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Hari ni saya nak berkongsi sedikit apa yg seorang hamba Allah ini rasakan. Semoga sedikit sebanyak tidaklah terus menutup mata kita semua ye?

Muslimin dan muslimat,
            Pernah tak kita rasa down sangat-sangat? Down sampai tahap kritikal, tahap yg kita dah putus asa, kita rasa kita ni teruk sangat. Memang dr lahirnya kita, sampai ke mati teruk kuasa infiniti. Kenapa rasa mcm ni ye? Apa sebabnya..... salah siapa. Apa penyebabnya tolong lah terjawab. Sebenarnya semua ni datangnya dari mulut. Ye mulut, pepatah melayu ada menyebut "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
“Tidaklah timbul celaan pada saudaramu, kemudian Allah berikan rahmat padanya dan timpakan cobaan padamu” [2]. Yang dimaksud dengan celaan adalah seorang muslim yg menjelek-jelekkan saudaranya sesama muslim karena suatu dosa, padahal ia sudah bertaubat daripadanya, atau mengolok-olok fisik, gaya bicara, atau gerakannya. Ini adalah perkara yang berbahaya. Sedikit sekali orang yang waspada dari perkara ini. Dalam sebuah atsar: “Barangsiapa mencela saudaranya karena suatu dosa, maka ia tidak akan mati sebelum melakukannya” [3].
            Pernah tak rasa bila kita tolong kawan dengan bersungguh-sungguh, sebab nak bantu dia. Kata sahabat forever and ever tak kan tak tolongkan? Kita buat dgn berhati-hati and sebaik mungkin. Tetiba bila kita bagi dkt dia dgn penuh rasa ikhlas membantu, dia comment itu ini. Dia kata kita tak ikhlas bantulah itulah inilah. Apa yang kita rasa?

          Ada lagi satu contoh, kita buat kerja sekolah yang cikgu bagi. Kita nak berubah tak nak jadi pelajar yg malas dah, nak jadi pelajar yg rajin yang always siapkan homework. Eh tetiba kawan kutuk kita, kata kita ni buat semua tu sbb nak dapat pujian dr cikgu je. Kata kita meniru lah, itu lah inilah. Apa yang kita rasa?

Down + Marah = Of Course

        Ingat tak sakit ke kena kutuk? Bukanlah kena kutuk sampai luka berdarah dkt kulit ni. Tak.....tapi luka teruk dalam hati ni, perasaan ni. Skrg ni orang anggap hati luka sbb bercinta. Sikit-sikit bercinta, "Jemah tu putus cinta lah tu" tak :) Hati ni sensitif pada semua tindakan. Kita ambil konsep penting:

Hijrah + Kutuk = Down

         Ingat senyum tanda "Aku tak makan kata kau tu, sorry bro" lidah boleh cakap tp hati? Nak tahu tak rasa dia mcm mana, macam  terlalu hina sgt diri ini untuk menyucikannya balik. Macam rasa tgh drive kat highway tetiba banyak sgt paku dkt tgh jalan rasa nak berhenti je tetiba. Tak nak dah teruskan. Impact besar dia, dari org nak jadi baik terus jadi jahat balik. Sebab apa? Sbb lidah kita yang suka menghina, mengutuk, mencaci.

Antaranya:
  •  Dasar perempuan/lelaki hipokrit.
  • Eleh dia tiru orang je tu, bukan berubah betul pun.
  • Dia tu berubah sbb seseorang/sesuatu bukan ikhlas pun.
  • Tak payah nak berlagak baik, dulu kau jahil jugak.
Kadang-kadang kan mereka yang terkena rasa macam ni....
"Aku ni hina sangat ke sampai tak boleh nak berubah, kalau dulu waktu aku tgh jahil takde pun yang nak hina aku macam ni. Bila aku dah berubah kenapa ramai sgt yang hina. Better aku jd yang dulu. Aku benci semua ni, kenapa aku nak buat kebaikan makin susah. Aku benci semua ni"
          Benarlah hadits nabi Muhammad SAW ketika di tanya tentang orang-orang yang suka melaknat, baginda menjawab: “Manusia di akhir zaman, ucapan salam yang mereka ucapkan di saat bertemu adalah : saling melaknati” [7].

 Perhatikan akibat buruk dari laknat dalam hadits ini, dari Abu Darda’ bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bila ada seseorang yang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit, tetapi pintu-pintu langit itu ditutup tidak mau menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mau menerima kutukan tersebut. Lantas kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri, apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya, bila orang itu pantas mendapat kutukan, maka ia menimpa orang itu, tetapi bila orang itu tidak pantas mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut” [8].

            Semoga sedikit sebanyak memberi kesedaran kpd kita semua. Terima kasih, assalamualaikum.

Bakal Jenazah.