<body>
Bismillah;
House
Mrs
Others


































>

Keep smiling, it's sunnah :)

Bukalah mata sebelum tertutup selamanya...
Thursday, 16 January 201421:53

Berjuanglah Bersama Islam

Renungilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud :
قَالَ الرَّسُوْلُ e : اَلا إِنَّ الإسْلامَ دَائِرَةٌ فَدُوْرُوْا مَعَ الإسْلامِ حَيْثُ دَارَ . اَلا إِنَّ السُّلْطَانَ وَالقُرْءَانَ سَيَفْتَرِقَانِ فَلاتُفَارِقُوْا الكِتَابَ اَلاسَيَكُوْنُ عَلَيْكُمْ اُمَرَاءَ مُضِلُّوْنَ اِنْ اَطَعْتُمُوْهُمْ  اَضَلُّوْكُمْ وَإِنْ عَصَيْتُمُوْهُمْ قَتَلُوْكُمْ قَالُوْا : مَا نَصْنَعُ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ : كَمَا اَصْنَعَ اَصْحَابُ عِيْسَى نَشِرُوْا بِالمَنَاسِيْرِ وَهُمْ يُصْلَبُوْنَ عَلَى الخَشَبِ فَوَ الَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَمَوْتٌ فِى طَاعَةِ اللهِ خَيْرٌ مِّنْ حَيَاةٍ فِى مَعْصِيَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ
Maksudnya : Ingatlah bahawa Islam itu berputar maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawa pemerintah dan al-Quran akan berpisah maka janganlah kamu berpisah dengan al-Quran. Akan muncul di kalangan kamu pemimpin yang menyesatkan. Jika kamu taati mereka maka mereka akan sesatkanmu dan jika kamu menentang mereka maka mereka akan membunuhmu. Para sahabat bertanya : “ Apa yang harus kami lakukan wahai Rasulullah?”. Sabda baginda : “ Lakukanlah sebagaimana sikap para sahabat nabi Isa di mana mereka digergaji dan disalib di pokok kayu. Demi Allah yang diri Muhammad ditanganNya maka mati kerana mentaati Allah lebih baik daripada hidup dalam mengengkari Allah.

 _________________________________________________________________________________

No 1, Jalan 1 Dalam Hati,
Dalam Diri Semua Orang,
Berfikir Sejenak, Didunia.

17 Januari  2014.

Assalamualaikum,

             Apa khabar duhai hamba Allah sekalian? Saya harap semua dalam keadaan yang baik-baik berlaka. Sudah lama tidak bertemu dari hati ke hati, sudah lama tidak meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Hari ni saya nak berkongsi sedikit apa yg seorang hamba Allah ini rasakan. Semoga sedikit sebanyak tidaklah terus menutup mata kita semua ye?

Muslimin dan muslimat,
            Pernah tak kita rasa down sangat-sangat? Down sampai tahap kritikal, tahap yg kita dah putus asa, kita rasa kita ni teruk sangat. Memang dr lahirnya kita, sampai ke mati teruk kuasa infiniti. Kenapa rasa mcm ni ye? Apa sebabnya..... salah siapa. Apa penyebabnya tolong lah terjawab. Sebenarnya semua ni datangnya dari mulut. Ye mulut, pepatah melayu ada menyebut "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
“Tidaklah timbul celaan pada saudaramu, kemudian Allah berikan rahmat padanya dan timpakan cobaan padamu” [2]. Yang dimaksud dengan celaan adalah seorang muslim yg menjelek-jelekkan saudaranya sesama muslim karena suatu dosa, padahal ia sudah bertaubat daripadanya, atau mengolok-olok fisik, gaya bicara, atau gerakannya. Ini adalah perkara yang berbahaya. Sedikit sekali orang yang waspada dari perkara ini. Dalam sebuah atsar: “Barangsiapa mencela saudaranya karena suatu dosa, maka ia tidak akan mati sebelum melakukannya” [3].
            Pernah tak rasa bila kita tolong kawan dengan bersungguh-sungguh, sebab nak bantu dia. Kata sahabat forever and ever tak kan tak tolongkan? Kita buat dgn berhati-hati and sebaik mungkin. Tetiba bila kita bagi dkt dia dgn penuh rasa ikhlas membantu, dia comment itu ini. Dia kata kita tak ikhlas bantulah itulah inilah. Apa yang kita rasa?

          Ada lagi satu contoh, kita buat kerja sekolah yang cikgu bagi. Kita nak berubah tak nak jadi pelajar yg malas dah, nak jadi pelajar yg rajin yang always siapkan homework. Eh tetiba kawan kutuk kita, kata kita ni buat semua tu sbb nak dapat pujian dr cikgu je. Kata kita meniru lah, itu lah inilah. Apa yang kita rasa?

Down + Marah = Of Course

        Ingat tak sakit ke kena kutuk? Bukanlah kena kutuk sampai luka berdarah dkt kulit ni. Tak.....tapi luka teruk dalam hati ni, perasaan ni. Skrg ni orang anggap hati luka sbb bercinta. Sikit-sikit bercinta, "Jemah tu putus cinta lah tu" tak :) Hati ni sensitif pada semua tindakan. Kita ambil konsep penting:

Hijrah + Kutuk = Down

         Ingat senyum tanda "Aku tak makan kata kau tu, sorry bro" lidah boleh cakap tp hati? Nak tahu tak rasa dia mcm mana, macam  terlalu hina sgt diri ini untuk menyucikannya balik. Macam rasa tgh drive kat highway tetiba banyak sgt paku dkt tgh jalan rasa nak berhenti je tetiba. Tak nak dah teruskan. Impact besar dia, dari org nak jadi baik terus jadi jahat balik. Sebab apa? Sbb lidah kita yang suka menghina, mengutuk, mencaci.

Antaranya:
  •  Dasar perempuan/lelaki hipokrit.
  • Eleh dia tiru orang je tu, bukan berubah betul pun.
  • Dia tu berubah sbb seseorang/sesuatu bukan ikhlas pun.
  • Tak payah nak berlagak baik, dulu kau jahil jugak.
Kadang-kadang kan mereka yang terkena rasa macam ni....
"Aku ni hina sangat ke sampai tak boleh nak berubah, kalau dulu waktu aku tgh jahil takde pun yang nak hina aku macam ni. Bila aku dah berubah kenapa ramai sgt yang hina. Better aku jd yang dulu. Aku benci semua ni, kenapa aku nak buat kebaikan makin susah. Aku benci semua ni"
          Benarlah hadits nabi Muhammad SAW ketika di tanya tentang orang-orang yang suka melaknat, baginda menjawab: “Manusia di akhir zaman, ucapan salam yang mereka ucapkan di saat bertemu adalah : saling melaknati” [7].

 Perhatikan akibat buruk dari laknat dalam hadits ini, dari Abu Darda’ bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bila ada seseorang yang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit, tetapi pintu-pintu langit itu ditutup tidak mau menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mau menerima kutukan tersebut. Lantas kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri, apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya, bila orang itu pantas mendapat kutukan, maka ia menimpa orang itu, tetapi bila orang itu tidak pantas mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut” [8].

            Semoga sedikit sebanyak memberi kesedaran kpd kita semua. Terima kasih, assalamualaikum.

Bakal Jenazah.



Bangun semula kerana Allah...
Tuesday, 17 December 201302:18

                                                              
 "Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui" (QS. 2:216)



Assalamualaikum macam biasa ikhwah dan akhawat hari ni kita berdrama sikit.
Apa tajuk drama hari ni? Ceq pun confuse nak pilih yang mana....
Apa-apa jelah nama ceq tak kisah naaaa.

*Masa Lapang*

"Kau ni steady je aku tengok Man"
"Apa maksud kau Jai?"*Muka Pelik*

"Yelah kau tak terasa tercabar ke tengok kawan-kawan kita tu seronok je pergi holiday
dengan awek dia lah apalah, dia main tempuh bahagia je aku tengok"
 "Oh......"*Senyum*
"Kau kenapa senyum? Aku tak memain ni Man, kau takde awek ke? Tak 
muak hidup sesorang mcm ni tak sunyi ke?"
"Hati aku dah berpunyalah Jai"
"Man kau tak pernah bagitahu aku pun!!!"*Excited*
"Hm..."*Senyum*
"Kau tak nak bagitahu ke siapa? Kau kata kita sahabat baik tak nak cerita ke?"
"Betul kau nak aku cerita?"
"Mestilah bro!"
"Hmm *Senyum*
 soalan kau tadi yang kau tanya aku tak muak ke hidup sesorang, tak sunyi ke dan jawapan aku tidak.
Aku kata hati aku dah dimiliki dan sebenarnya hati kita semua
milik Dia. Aku rasa kau faham apa yang aku katakan kan? Aku rasa bahagia macam ni.
Tenang dia takde apa yang mampu menandingi. Kau patut try letakkan Dia penuh dihatikau Jai"
"Tapi sampai bila? Kau tak nak cari permata hati?"*Tepuk Belakang Aiman*
"Itu tugas Dia Jai, Dia dah tetapkan siapa jodoh aku. Segalanya Dia dah
rancang dan Dia adalah sebaik-baik perancang. Buat apa aku nak ubah? Rancangan Dia adalah
benda yang sangat indah Jai. Mampu ke aku carik kebahagiaan aku untuk menandingi
kebahagiaan yang Dia dah sediakan tanpa aku meletakkan Dia di hati aku yang utama Jai"
"Tp aku tengok kawan-kawan kita tu okay je"
"Tapi bukan pada pandangan orang yang beriman Jai, bukan pada Allah Jai. 
Cuba fikir misalnya kau tu cipta satu robot. Kau dah sediakan keperluan dia dan
segala yang terbaik untuk robot kau tu tp robot kau tu berpaling. Dia buat ikut
jalan dia sampai langgar benda yang kau dah tetapkan. Kau rasa kau nak buat apa? Ini kan pula Allah yang 
Esa Jai. Allah yang Maha Membalas dan Adil" *Keluh*

"Hm..."
"Nama jodoh kita dah sedia ada di Luh Mahfuz Jai, kita hanya perlu berdoa Jai. 
Itu lah senjata mukmin, Allah Maha Mendengar dan Pengasih.
Allah tahu mana yang terbaik untuk hambaNya yang taat dengan Nya, takkan
kau nak pilih benda yang tak pasti sedangkan yang dah pasti Allah adalah yang terbaik"
"Kau tak pernah tersungkur dgn perasaan sendiri?"
"Jai cinta tu fitrah yang Allah hadiahkan buat hambaNya"
"Jd kau pernah tersungkur?"
*Keluhan*

"Aku sering tersungkur Jai, dalam istiqomah aku sering tersungkur. Tapi satu
je cara nak jaya dalam istiqomah iaitu dengan iman. Bila aku dah nak tersungkur aku
bagi semangat balik pada diri aku, aku menghadap Allah memohon kekuatan. Allah
je yang boleh bantu aku selain dari diri sendiri. Jai kalau kita tersungkur kita bangun balik Jai,
bangun semula kerana Allah"

Mai sat..... 
Memu­puk sikap ‘sabar’ dalam meng­hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah sema­kin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45;

“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.

Allah juga sendiri berfirman;

“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu... (QS. 2:186)

Bukankah Rasul pun telah bersabda:

Ketika di­tiupkan ruh pada anak manu­sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.

 

 






Cintai Allah Yang Abadi...
Friday, 13 December 201302:05

Assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian.
Baiklah pada hari ini mungkin ana akan berkongsi sebuah cerita yang direka sendiri
dengan penuh pelbagai pengajaran. Semoga sedikit sebanyak memberi ilmu
dan pengetahuan kepada kita bersama bismillah....
__________________________________________________________________________





      Keluargnya amat mementingkan soal kehidupan berasaskan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh syara', dia merupakan si gadis yang bertudung labuh yang amat menjaga solat, puasa, ibu bapanya, adab, aurat dan perkara-perkara yang melambangkan seorang muslimah sejati dan dialah yang bernama Mawar. Namun tidak disangkakan serta tidak pernah dibayangkan bahawa suatu hari dia akan tertunduk longlai  pada tipu helah syaitan yang menyesatkan manusia.

    Dia telah dilantik sebagai pembantu kepada seorang jejaka untuk mengendalikan satu pelancaran berkenaan dengan tempat mereka menuntut ilmu, dia begitu berhati-hati dalam menuturkan kata agar tidak menimbulkan fitnah serta khalwat. Kelembutan serta kesopanannya amat jelas dari dalam hatinya, dia menundukkan pandangannya agar menjaga pandangannya dari ajnabi. Dia tidak pernah keseorangan apabila hendak pergi kemana-mana pasti ada teman perempuannya yang akan menemani. Suaranya sukar dan jarang didengar kecuali hanya apabila dia diperlukan untuk berkata. Oleh kerana itu dia telah membuatkan jejaka yang merupakan ketuanya itu menaruh harapan untuk mengenalinya dengan lebih dalam.

    Namun ketuanya itu yang bernama Saiful tidak berani untuk menyuarakannya, dalam diam dia menyimpan beribu makna didalam hatinya buat Mawar. Dia telah mengambil nombor telefon Mawar tanpa Mawar sedari daripada sahabat Mawar sebelum mereka berpisah setelah usai mengendalikan pelancaran itu. Namun setelah selang beberapa hari Saiful masih tidak lagi berani untuk menghubungi Mawar. Didalam hatinya dia berasa rindu akan gadis idamannya itu sehinggalah dia terbawa perasaan ini sehingga ke Dubai dimana tempat dia menyambungkan pelajarannya. 

    Sehingga satu hari setelah beberapa bulan berlalu Saiful mula tidak keruan bagi dia, dia perlu menyuarakan rasa isi hatinya kepada Mawar untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Dia berjanji pada dirinya bahawa dia akan berubah setelah mengenali gadis solehah itu. Dia percaya bahawa Mawar bisa mengubahnya menjadi seorang lelaki yang lebih baik. Dengan rindu dihati serta rasa ingin tahu perkhabaran gadis itu yang membuak-buak lalu dia terus mengantarkan pesanan ringkas kepada Mawar yang berbunyi.....

"Assalamualaikum, ini Mawar bukan?"
"Waalaikumussalam, ya saya Mawar"
"Kenal lagi tak saya ni siapa?"
"Maaf saya tidak mengenali awak, salam"
"Mawar kejap, saya nilah ketua kepada awak sewaktu pelancaran dulu. Saiful :)"
"Oh ya Saiful, maaf mana awak dapat nombor saya dan kenapa?"
.................

     Pesanan ringkas bertukar kepada pesanan yang wajib ada setiap hari, mereka teruskan dengan berkawan. Namun bagi Mawar tiada salahnya kerana mereka tidak keterlaluan. Sehingga suatu hari Saiful meminta Mawar agar membimbing dan mengajarnya mengenai ilmu agama. Dengan perasaan kasihan dari seorang perempuan yang Allah ciptakan dgn perasaan kasih sayang iaitu Ya Rahim, Mawar bersetuju dengan permintaan Saiful. Namun tanpa mereka sedar bahawa mereka telah terhanyut dengan hasutan licik syaitan.

     Hubungan antara Mawar dan Saiful semakin dihiasi dengan bunga-bungaan sehingga membuatkan mereka berdua berkhayal. Sehingga permintaan untuk dibimbing tidak pernah disentuh serta dibincangkan oleh mereka berdua. Perasaan kasih semakin mendalam sehinggakan jika sehari tiada pesanan yang masuk dari Saiful, Mawar berasa ibarat harinya tidak sempurna begitu juga dengan Saiful. Saiful berkata hubungan ini pasti dia akan tamatkan dengan perhubungan yang sah iaitu perkahwinan. Mawar begitu terharu dengan ketulusan lelaki itu.

    Sehingga suatu hari hubungan itu telah diketahui kedua ibu bapa Mawar, ummi Mawar meminta penjelasan serta meminta Mawar agar menceritakan perkara yang sebenar begitu juga dengan walid kepada Mawar. Mereka kelihatan tidak senang mendengar cerita yang Mawar sampaikan sehinggalah walid Mawar membuka mulut untuk berbicara...

"Wahai anakku, walid percaya ini bukan Mawar yang dulu walid kenali yang amat menitik beratkan soal hukum-hukum syara' yang telah ditetapkan. Walid percaya kita semua manusia ingin merasa untuk dicintai serta mencintai tetapi bukan begini caranya. Apakah Mawar sanggup untuk melihat kedua ibu bapa mu ini dicampakkan ke neraka oleh kerana dosa-dosa yang kamu lakukan? Islam tidak pernah melarang kita untuk mencintai tetapi ia adalah selepas bernikah. Adakah Mawar lupa bahawa pencampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram disisi agama? Apakah Mawar lupa perkara yang Mawar lakukan ini telah membuatkan Mawar termasuk ke dalam lembah maksiat. Apakah Mawar sanggup diri Mawar dilaknat oleh Allah kerana menghidupkan maksiat. Apakah selama ini penjagaan Mawar terhadap menjaga ikhtilat adalah sia-sia sahaja oleh kerana cinta yang belum pasti itu. Adakah Mawar rasa cinta Mawar kepada Allah dan Rasulullah sudah terlalu tinggi? Mawar jika benar lelaki itu menyayangi Mawar dia tidak akan menyuruh Mawar untuk membimbingnya sewaktu kalian masih belum dalam ikatan yang sah malah dia pergi menimba ilmu agama untuk mebimbing kamu dan anak-anak kamu kelak wahai anakku..."

     Mawar terdiam seribu bahasa lidahnya kelu untuk berbicara, memang segala yang diucapkan oleh walidnya itu adalah benar berlaka. Lalu Mawar membuat keputusan untuk berterus terang kepada Saiful "Kita serahkan urusan jodoh ini kepada Allah, Allah Maha Mengetahui, jika kita memang mempunyai jodoh usah risau kita pasti akan bertemu apabila hendaknya...." Itu adalah antara pesanan ringkas yang Mawar hantarkan kepada Saiful. Saiful sempat meminta maaf atas kelalaian yang disebabkan oleh dirinya. Hari ke hari bulan ke bulan, Mawar kembali menjadi Mawar yang dulu. Ummi dan walidnya bersyukur atas kesedaran anaknya itu. Semakin hari Mawar semakin merasa akan ketenangan didalam jiwanya. Mawar tahu tiada datangnya ketenangan melainkan ketenangan yang Allah berikan, dan tiada cinta yang seagung cinta Ilahi. Soal jodoh biarlah Allah yang tentukan, kita sebagai hamba hanya perlu bersabar dan terus berdoa agar dijodohkan dengan mereka yang beriman serta soleh. Sekian......

Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

 
P/s: Cerita yang ana karangkan ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa tetapi ini hanyalah sebuah cerita yang mungkin boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Saja dok try biasakan diri menggunakan perkataan ana sbb didalam badar perlu menggunakannya. Assalamualaikum.





Kenapa hati terobek...
Monday, 11 November 201302:39

 

Assalamualaikum all of muslimin and muslimat.
Heart. Why the people choose way to leave a pain in someone's heart?
While we can continue to walk without a stopover.
Just do not think that only love can make this impact.
But a friendship without appreciate can make this pain also.

"Kalau kita letakkan Allah yang pertama pasti kita tidak akan sedih dengan permegian si dia"
"Kalau kita berkawan kerana Allah pasti semua berjalan dengan lancar"

I'm gonna share with you guys about steps to heal a broken heart:

ACCEPT THE PAIN
Accept that you will have to go through some pain. It is an unavoidable truth that if you loved enough to be heartbroken, you have to experience some suffering.
When you lose something that mattered to you, it is natural and important to feel sad about it: that feeling is an essential part of the healing process.
The problem with broken-hearted people is that they seem to be reliving their misery over and over again. If you cannot seem to break the cycle of painful memories, the chances are that you are locked into repeating dysfunctional patterns of behaviour. Your pain has become a mental habit. This habit can and must, be broken.
This is not to belittle the strength of your feelings or the importance of the habits you've built up during your relationship. Without habit, none of us would function. But there comes a time when the pain becomes unhealthy.
When you enter your bedroom at night, you switch on the light without thinking. If you obsess about your ex, and feel unhappy all the time, it's likely that your unconscious mind is 'switching on' your emotions in exactly the same way.
Without realising it, you have programmed yourself to feel a pang of grief every time you hear that tune you danced to, or see your ex's empty chair across the kitchen table.


THEN
  • In time, it is absolutely vital to put the pain behind you and move forward with your life and love. Otherwise, you are giving away your power to the people who hurt you.
  • Don't start thinking about being friends right away — if ever. You have to be your own friend first.  
  • Sometimes you can't get over being hurt until you know you've been heard. Give yourself permission to express your anger and sadness.  
  IN ISLAM
We as a muslim actually should follow the way that had muslim set on to us:



Accepting Allah’s Qadr

This has got to be one of the toughest tests of qadr. Love muddles your mind and when all you see are the good characteristics of someone it is difficult to see why it is not working out, especially if this is your first real love. How can this brother who is practicing his deen, has a nice beard, soft and caring be wrong for me? How can this sister who is attractive, fun and religious not be my perfect partner?

The key concept to remember here is: you do not know someone until you have lived with them for a substantial time. Even that person does not know what they are like and how they will react in certain situations. Just because you have these elated feelings of love does not necessarily mean this is the right person. Marriage is a struggle and people develop themselves and change with the experience. Only Allah knows your compatibility, only Allah knows what situations you will face and your reactions. Only Allah knows whether or not this marriage will bring you closer to Him or distract you from the real purpose in life. It is only Allah who knows. Have trust in Allah that He has made the right choice for you. For no matter how much this person claims their love for you or vice versa, know that no one can love you as much as Allah.

So firstly, make dua to Allah to ease your pain and help you be content with His qadr. The following is my favorite Hadith regarding qadr as it really fills you with the awe of Allah and His infinite wisdom.

“Allah `azza wa jall said: ‘Verily, from amongst My slaves is he whose faith cannot be rectified except by being inflicted with poverty, and were I to enrich him, it would surely corrupt him. Verily, from amongst My slaves is he whose faith cannot be rectified except by wealth and affluence, and were I to deprive him, it would surely corrupt him. Verily, from amongst My slaves is he whose faith cannot be rectified except by good health, and were I to make him sick, it would surely corrupt him. Verily, from amongst My slaves is he whose faith cannot be rectified except by disease and illness, and were I to make him healthy, it would surely corrupt him. Verily, from amongst My slaves is he who seeks worship by a certain act but I prevent that from him so that self-amazement does not enter his heart. Certainly, I run the affairs of My slaves by My Knowledge of what is in their hearts. Certainly, I am the All-Knower, All-Aware.” [Tabarani]

Be proactive

Allow yourself time but also get proactive! Marriage is just one of the many aspects of your life; it is not the be all and end all of things. What are your aspirations? What do you want to achieve in your life? Write down a list of goals you want to achieve by the end of the month and get started on them right away. As Muslims, our continuous goal is striving to get closer to Allah, so working on your eman and your relationship with Allah must be included in some way. Focus your attention on moving forward rather than wasting time with something that “could have been”.


Move on

In the spirit of being proactive, the last stage is to actively open your heart and mind to someone else. This could be difficult, as naturally comparisons will creep in, but again realise the fact that it has not worked out means that Allah has someone better suited for you. As illustrated in the famous Hadith of the birds:

“If you depend on Allah with due reliance, He would certainly give you provision as He gives it the birds who go forth hungry in the morning and return with a full belly at dusk.” [Tirmidhi]

Allah will provide for you but you have to get up and get moving again. Just like the birds, go out and seek. Make the effort on your part and leave the rest to Allah and His infinite wisdom.

P/s: Assemblage from various sources and own ideas. Thank you.







Hanya pelusuk berbicara...
Thursday, 10 October 201303:36

Salam ukhuwah fillah...
Pelusuk ingin mula berbica, mengenai aurat.
Akan tetapi sudah ada satu video yang mampu menjelaskan semuanya...
Marilah tengok hehe.



Perempuan yang menutup aurat dgn sempurna itu mahal,
dan perempuan yang tidak menutup aurat dgn sempura.
Ulang suara "BUKAN DENGAN SEMPURNA" hm kita boleh fikir sendirikan?
Janganlah pulak kita salahkan kaum adam yang sibuk berswit-swit dekat kita
ibarat memanggil tikus itu gatal dan sebagainya. Kita ambil seumpama ibarat gula taster yang telah terbuka dari plastiknya sudah tentu menjadi pilihan ramai TETAPI ia ibarat datang dan pergi hanya utk merasa.
Mana kala perempuan yang menutup aurat dengan sempurna ibarat gula-gula yang tertutup rapi
sudah tentu orang akan membelinya terdahulu baru dapat mempunyainya (siapa yang cepat dia yang dapat)
erti kata yang sebenar mengahwini si dia...
Kita pun hidup dizaman modern jadi pemakaian serta pemikiran juga haruslah modern,
baru seiring dan sejalan...
Tahap teratas yang modern sekali ialah pakaian yang menutup aurat bukannya pakaian yang tidak
mencukupi kain. Termasuk juga pakaian yang ketat. Jangan marah  #KitaKongsi :)


Kedua kita berkongsi mengenai_



Ada yang anggap orang yang kelihatan warak diluar sememangnya beriman.
Sahabat fillah sekalian, tidak. Allah tengok hati bukan luaran.
Akan tetapi yang luaran tu sememangnya telah diwajibkan oleh syarak dan Allah juga telah berfirman didalam al-Quran, sbg contoh menutupi aurat.
Jangan pulak tak pakai then kata "Takpe, Allah tengok hati...."
Tak boleh tu, hati dan luaran kena seiringan ibarat pinang dibelah dua.
Kita pun janganlah rasa macam confirm-confirm je masuk syurga, takde yang sempurna.
Kita cuma boleh berusaha jadi hamba Allah yang terbaik ok?

"Keimanan tidak terbukti dengan serban dan jubah semata...
Penghinaan bukan pada caci-maki dan anjing semata...
Pengharaman bukannya pada babi semata...
Islam bukan untuk melayu semata...
Aurat bukannya pada tudung semata...
Poligami itu tidak keji...
Poligami yang zalim itu perlu dihindari...
Kebahagiaan rumah tangga bukannya pada hantaran yang tinggi...
Tetapi pada persediaan yang rapi...
Para ratu cantik habis dimaki...
Tetapi anak sendiri dibiarkan dedah sana dan sini...
Islam itu syumul (menyeluruh)...
Bukannya jumud (sempit)...
Kita semua ni...
Neraka itu pasti...
Syurga tu tak tahu lagi..."
-MrTheAllShared.

Tak semestinya dia tegur means dia sempurna/bajet, eh no lah.
Tegur sebab sayang, sama-sama saling ingat-mengingati...
Dia biarkan kita buat dosa sbb 'DIA TAK SYG' betul tak tipu.
Siapa je yg nak tengok org yang dia sayang buat dosa utk tambah tambang free ke neraka kan?
Kalau sayang dia tegah. Okay maaf atas salah dan silap.
Peace saya hamba pendosa.
  



Dari sudut hati yang hiba...
Tuesday, 27 August 201303:13




 
(Baca sambil memperdengarkan nasyid ini)


Assalamualaikum...
Terkadang aku terfikir, aku ni manusia biasa. Manusia yang hina, manusia
 yang zalim akan suruhan yang Maha Esa. Ye aku malu, namun aku bersyukur kerana diberi peluang
untuk berubah. Walaupun sukar aku tetap cuba untuk megorak langkah.
Manusia tiada yang sempurna, tiada yang sesuci  Nabi Muhammad SAW.
Ye manusia penuh dengan kekurangan, kejahilan dan kelemahan diri. Aku sedar semua tu.
Namun tiada salahnyakan jika seorang hamba Allah yang jahil ingin berubah ke arah
jalan yang diredhai oleh Allah. Allah Maha Adil, segala perbuatan pasti akan diadili diakhirat kelak.
Sebagai saudara seislam kita patut memberi semangat kepada mereka yang ingin berubah,
bukan dengan menjatuhkan dirinya yang lemah. Bukan dengan mencaci!!! 
Bantulah dia sekiranya dia jatuh, kita saling memerlukan. Itulah islam, bertapa indahnya islam.

Sebagai seorang murid yang perlu menghadapi situasi yang sgt sukar baginya.
Ye sebagai seorang hamba, ia adalah dugaan bagi menguji iman...
Namun aku sedar aku betah, iman ku tidak sekuat mana.
Apakah terlalu jahil kami sehingga setiap perilaku dihina. Apakah kami tidak layak utk
dilayan dengan baik, kami tak mintak dijunjung dikepala kami tak mintak layanan seperti 
kami keluarga diraja. Kami hanya mintak belas kasihan agar kami diberi peluang utk merasai
kehidupan yang tenang. 

Jika kami melakukan kesalahan, maka tegurlah.
Kita beragama islam. Tegurlah dengan cara yang sopan dan berhemah.
Adakah ia sukar utk dilakukan? Adakah dengan bertempikan lebih mudah?
Kita semua ada maruah, siapa yang tahan sekiranya maruah dia seolah-olah dipijak?
Hanya kerana tulisan 'Foundation Studies IIUM' kami  dimalukan...
Kami dihina dari setiap pelusuk bilik guru. Apakah kesalahan kami ibarat tiada lagi kata
maaf?

Ye mungkin baju kelihatan ibarat mereka yang bekerja di stesyen minyak petronas.
Tidak mengapa tertawakanlah akan kebutaan yang ada pada mata kalian.
Pekerja stesyen minyak melakukan perkejaan yang HALAL bukan? Hijau pula
warna kesukaan Nabi Muhammad SAW bukan? Baju kami menutupi aurat bukan?
Adakah kerana ia berasaskan agama ia patut ditertawakan? Tepuk dada tanya iman.

Dan mereka yang berpakaian seolah bertelanjang ke sekolah, membiarkan dadanya kelihatan.
Memakai lengan yang pendek, memakai seluar yang sehingga menampakkan kemaluan. 
Kenapa didiamkan? Mungkin kami ditegur kerana masih kurang sedap mata memandang.
Tapi mengapa mereka yang lain didiamkan? Adakah aurat sudah tidak bererti lagi dimata kita?
Kenapa ia tidak disoalkan? Tolonglah jawab, hanya itu yang kami pinta. Jawab pertanyaan kami...

Bergurau tidak salah, tapi kita kena ingat. Kerana mulut badan binasa. Kerana mulut juga dosa berganda.
Jika ia mengguriskan hati seseorang, ia mendatangkan dosa bukan?
Sebab itu para ulamak berkata berdiam lebih baik drp mengeluarkan perkataan yg tidak berfaedah.
Terkadang ia berlaku hanya kerana kita melihat akan diri yang seolah sempurna.
Kita kena beringat, yang baik itu datangnya daripada Allah.
Dan yang tidak baik itu datangnya dari diri kita sendiri. Memang mudah kita berkata,
maafkan maafkan. Namun apa yang ditanggung oleh seseorang itu kita tidak tahu.

Selfish!! Hanya pentingkan diri sendiri, perasaan sendiri!! Perasaan orang?
Tidak mengapa Allah itu Maha Adil, sudah pasti kita akan merasai semula apa yang pernah mereka 
rasakan sewaktu mentertawakan mereka. Sewaktu menjatuhkan mereka, sewaktu kita menghina mereka...
Sudah berulang kali diungkapkan bahawa Allah itu Maha Adil.
Allah sebaik-baik perancang, aku percaya pasti ada hikmah disebaliknya.
Aku percaya pasti ada tersembunyi kebaikan disebaliknya. Aku percaya ia telah mendidik kami
untuk banyak bersabar, Allah uji kerana Allah sayang. Aku percaya, ye aku percaya terima kasih 
Ya Allah :') Diakhirat kelak kita pasti akan diadili. Tiada lagi alasan, tiada lagi muka yang bermuka
semuanya akan jelas disana. Allahuakhbar.